Tuesday, November 11, 2014

Mini Kebunku



Assalamualaikum..
tadi dah cewi pokok-pokok yang ditanam.. sekarang nak cewi lagi..
ni pokok gergir ... best betul..hidup memang subur.. sapa-sapa yang nak tanam gergir ni jangan banyak air.. saya baru ni silap.. ingatkan kena banyak air jadi saya siramla banyak-banyak.. rupanya tidak.. air macam kita tanam sawi je.. benih dapat dari mana? dapat dari member.. kirim kat member yang gi mesir.. alahai murah je.. sekilo tu dalam berapa genih je kalau tak silap...

okay.. inilah mini kebunku yang dibangga sangat.. jiran sebelah pun siap cakap.. cepat hijau sebelah ni.. hehe...


Sekarang.. suka bercucuk tanam

Assalamualaikum sahabat sekelian..

Sekarang ni banyak projek baru.. tepi rumah sekarang tengah buat mini kebun.. alhamdulillah dah banyak kali boleh makan hasil daripada mini kebun sebelah rumah ni..
ni pegaga dalam pasu.. dah berapa kali ambik tak ingat dah..pasni ingat nak tanam pegaga dalam pasu tergantung.. mesti cantik..
ni pulak pokok pandan.. baru dua kali rasanya ambik.. tu pun sebab nak makan nasi lemak..
ni pulak pokok kari.. comel je.. xjumpa pasu besar nak tanam.. cukup sini dulu.. nanti update lagi kalau ada masa..


Monday, July 15, 2013

Selamat Datang Imran Miqdad bin Mohd Azlan Shah

Assalamualaikum..

Siapa Imran Miqdad bin Mohd Azlan Shah ni? Dia bakal al-hafiz dan al-hadith. amin Insyaallah.

Dia sebenarnya anak keduaku yang banyak sangat cabaran masa mengandung dan melahirkannya. Subhanallah.... bila tengok je mata dia yang cerah tu.. hilang semua sakit yang pernah dialami.. bila dah bersalin ni baru la tau macamana perasaan mak kita dulu. berbakul-bakul doa dan harapan kita taburkan pada si anak kerana dalam usaha nak mendapatkannya sangat susah.

oleh itu.. wahai anak-anak mak sekelian.. hargailah ibu kita sementara dia masih hidup dan berdoalah untuk mereka sama ada masih hidup ataupun telah pergi.

Dah lama tak bersembang.. rasa sini dulu. ada idea nanti kita sambung lagi.. wassalam

Thursday, July 19, 2012

Sentuhan Qalbu .... Dr Daniel

Sahabat fillah..
Hari ini kami dihidangkan dengan santapan rohani yang sangat luar biasa. 2 jam setengah bersama Dr Daniel tidak mendatangkan sedikit pun rasa jemu dan penat. Biasala.. Dr Daniel.. hujahnya hebat pasti ada sentuhan qalbu yang benar-benar menusuk hati. 

Yang paling terkesan bila dia ingatkan diri kita ni perlu ada taqwa. Kalau ada taqwa semua perkara akan jadi mudah dalam urusan mendapat redha Allah. Tapi kalau tak ada taqwa kita akan mudah menyalahkan orang lain bila kita tak dapat apa yang kita nak.. kita yang berjalan tak pandang bawah, bila terlanggar lubang, kita salahkan JKR, tuan punya bangunan dan macam-macam lagi. Sama macam kita.. kalau kita tak dapat apa yang kita nak, kita mudah menyalahkan orang lain punca kita tak dapat apa yang kita nak. Sebenarnya, Dr Daniel kata, taqwa la dasarnya. Ada taqwa setel semua masalah. 

Tak kisahlah berat macammana masalah yang kita hadapi sebenarnya kecil sangat di sisi Allah. Sebab tu, bila Nabi bersedih ketika Allah ambil Khadijah r.a. Allah angkat Nabi ke langit untuk nabi lihat semua cakerawala yang sangat luas ni.  Bayangkan jumlah bintang sahaja ada lebih 70 000 000 000 000 000 000 000.

Kalau cakerawala yang sangat luas tu Allah mampu uruskan, mengapa tidak dengan masalah kita. So, jangan putus asa dengan rahmat Allah. Pendek kata, kalau berdoa bersungguh-sungguh mesti Allah bagi. tak dapat di dunia, mungkin Allah sediakan untuk kita di akhirat. tak dapat yang kita nak, mungkin dapat yang yang lebih baik. atau tak dapat cepat Allah bagi lambat sikit. 

Paling penting hidup ni jangan menyusahkan orang lain. Macammana nak dapat doa orang kalau kita asyik menyusahkan hati orang lain. Allah tak suka ahli ibadat tapi tak jaga hati jiran, tak jaga hati masyarakat sekeliling. Sebab kita hidup dengan manusia, jadi jaga sama hati manusia yang lain..

Sunday, July 8, 2012

Aduhai anak... sejuk perut ibu mengandung.

Assalamualaikum.. sahabat fillah.

Hari ni nak cerita tentang anak saudara (perempuan). umurnya 8 tahun. masa kami sekeluarga datang ziarah diorang sekeluarga, terkejut juga tengok rambut depan dah pendek dan senang kata gondol kat depannya. tapi tak tanya pun takut dia sensitif. bila dah lama-lama baru ibunya bercerita.." rambut tu aisyah (nama budak perempuan tu aisyah jugak) potong sendiri." saya pun tanya kenapa dia potong sampai macam tu sekali.. kan cantik rambut lamanya. ibu dia jawab... "senang nak pakai tudung.. katanya.. rambut depan tu mengacau, selalu keluar bila pakai tudung.. nanti nampak aurat pulak." 

Subhanallah. sejuknya hati bila saya dengar cerita tu.. ada orang.. dah mukallaf, mampu malahan usia dah separuh abad dah tapi tak tau lagi kepentingan dan tuntutan menutup aurat. Ya Allah.. moga Kau golongkan kami, anak-anak kami, keturunan kami, adik beradik kami, sanak saudara kami, pelajar-pelajar kami, daripada kalangan orang-orang yang takut pada-Mu, takut mendedahkan aurat, takut melanggar perintah-Mu, amin.

Tuesday, May 29, 2012

Ahlan Wa Sahlan Pelajar Baru..

Assalamualaikum pelajar baru ..
Semoga kehadiran kalian ke jabatan dakwah akan menambah satu lagi cahaya-cahaya yang sudah bersinar sebelum ini. ingatlah.. dalam berjuang..


"Jangan dipinta hidup yang mudah tapi mintalah hati yang tabah untuk menghadapinya."

berusaha untuk kejayaan dan jangan mengikut jalan yang salah. manusia ni selalu nak menang tetapi selalu lupa jalan yang diikuti haruslah juga betul. dalam Islam bukan siapa yang sampai dulu itu yang dikira pemenang tetapi siapa yang jujur dalam mengikut jalan yang betul itu lah yang dikira pemenang di sisi Allah.

Moga anakanda jabatan Dakwah akan sentiasa bersemangat dalam menghadapi dunia baru.

selamat berjuang..


Wednesday, May 16, 2012

Selamat Hari Guru Buat semua guru di Dunia

Assalamualaikum semua guru di dunia,
Saja nak berkongsi rasa. saya teringat ketika bersembang dengan arwah us mat, pengasas sekolah tahfiz di Relai ketika saya membuat lawatan jabatan ke rumahnya. tujuan lawatan adalah nak jadikan dia idola kepada pelajar-pelajar saya. Banyak pesanan berharga yang beliau tinggalkan antaranya, jadilah guru yang sentiasa mendoakan muridnya. Tambah-tambah lagi murid sekarang lebih nakalnya maka guru-guru patut lebih banyak doanya. dia juga ada mengatakan kalau marahkan pelajar jangan sampai ke hati, walau sebesar mana pun kesalahan yang dia buat. maksud beliau jangan sampai ada benci. bila marah dah diikut dengan rasa benci itulah punca pelajar kita makin jauh dari hidayah, ilmu dan hidup dalam ketiadaan berkat ilmu. semua yang beliau titipkan amat betul. Tak payah tengok orang lain, tengok diri sendiri dah la.. kadang-kadang kesalahan pelajar tu tak logik dia lakukan sebagai seorang yang menuntut ilmu agama. Rasa geram sungguh bila dengar alasan 'bodoh' macam tu.. tapi bila ingat balik apa yang arwah cakap .. sedar balik .. cuma kalau tak ingat tu kadang-kadang nak meletup jugak.

Satu lagi yang terkesan sangat pada saya ialah bila Arwah cakap, guru dulu gaji tak besar tapi bila berjalan satu kampung akan hormat dan panggil 'cikgu'. walaupun dah pencen. cikgu sekarang gaji besar, tapi kadang-kadang jiran sebalah pun tak hormat dia. mana tak nya.. cikgu sekarang mengajar kerana gaji semata-mata, tak pernah terfikir, apabila dia seorang cikgu, dia perlu menjaga akhlak. sebab itu lah.. cikgu sekarang ada yang kena tangkap basah, edar dadah, rogol pelajar, pakai kain terbelah waktu mengajar. dah tak ada malu dan akhlak mulia.

jadi sebagai guru, berikrarlah.. semoga usaha kita dalam mendidik anak bangsa ni, moga-moga kita tergolong dalam kalangan guru sejati, yang mengharapkan ilmu itu dihayati dan diamalkan bukan kerana mengharap naik gaji lagi tiap-tiap bulan.