Wednesday, May 16, 2012

Selamat Hari Guru Buat semua guru di Dunia

Assalamualaikum semua guru di dunia,
Saja nak berkongsi rasa. saya teringat ketika bersembang dengan arwah us mat, pengasas sekolah tahfiz di Relai ketika saya membuat lawatan jabatan ke rumahnya. tujuan lawatan adalah nak jadikan dia idola kepada pelajar-pelajar saya. Banyak pesanan berharga yang beliau tinggalkan antaranya, jadilah guru yang sentiasa mendoakan muridnya. Tambah-tambah lagi murid sekarang lebih nakalnya maka guru-guru patut lebih banyak doanya. dia juga ada mengatakan kalau marahkan pelajar jangan sampai ke hati, walau sebesar mana pun kesalahan yang dia buat. maksud beliau jangan sampai ada benci. bila marah dah diikut dengan rasa benci itulah punca pelajar kita makin jauh dari hidayah, ilmu dan hidup dalam ketiadaan berkat ilmu. semua yang beliau titipkan amat betul. Tak payah tengok orang lain, tengok diri sendiri dah la.. kadang-kadang kesalahan pelajar tu tak logik dia lakukan sebagai seorang yang menuntut ilmu agama. Rasa geram sungguh bila dengar alasan 'bodoh' macam tu.. tapi bila ingat balik apa yang arwah cakap .. sedar balik .. cuma kalau tak ingat tu kadang-kadang nak meletup jugak.

Satu lagi yang terkesan sangat pada saya ialah bila Arwah cakap, guru dulu gaji tak besar tapi bila berjalan satu kampung akan hormat dan panggil 'cikgu'. walaupun dah pencen. cikgu sekarang gaji besar, tapi kadang-kadang jiran sebalah pun tak hormat dia. mana tak nya.. cikgu sekarang mengajar kerana gaji semata-mata, tak pernah terfikir, apabila dia seorang cikgu, dia perlu menjaga akhlak. sebab itu lah.. cikgu sekarang ada yang kena tangkap basah, edar dadah, rogol pelajar, pakai kain terbelah waktu mengajar. dah tak ada malu dan akhlak mulia.

jadi sebagai guru, berikrarlah.. semoga usaha kita dalam mendidik anak bangsa ni, moga-moga kita tergolong dalam kalangan guru sejati, yang mengharapkan ilmu itu dihayati dan diamalkan bukan kerana mengharap naik gaji lagi tiap-tiap bulan.

No comments: