Thursday, December 17, 2009

Salam Maal Hijrah

Cuba merenungi diri.... sahabiyah sekelian.. adakah kita permata yang dicari atau kaca yang tiada harga setelah pecahnya berderai.

Ni nasyid nyanyian DeHearty. Mari kita selubungi liriknya.. (^_^)

Permata Yang Dicari

Hadirnya tanpa kusedari
Menggamit kasih cinta bersemi
Hadir cinta insan padaku ini
Anugerah kurniaan Ilahi

Lembut tutur bicaranya
Menarik hatiku untuk mendekatinya
Kesopanannya memikat di hati
Mendamaikan jiwaku yang resah ini

Ya Allah, jika dia benar untukku,
Dekatkanlah hatinya dengan hatiku
Jika dia bukan milikku,
Damaikanlah hatiku dengan ketentuanMu,

Dialah permata yang dicari,
Selama ini, baru kutemui,
Tapi ku tak pasti, rencana Ilahi
Apakah dia kan kumiliki,

Tidak sekali dinodai nafsu
Akanku batasi dengan syariatMu,
Jika dirinya, bukan untukku,
Redhalah hatiku dengan ketentuanMu

Ya Allah, engkaulah tempat ku bergantung harapanku,
Ku harap diriku, sentiasa di bawah rahmatMu.

Tuesday, November 3, 2009

Jaga Aurat Bukan Penentu Perangai Elok..


Salam Sahabatku Sekelian...
Harap sihat sejahtera semua.. al-maklum la lama menyepi.. baru ari ni nak sambung sembang-sembang ilmiah kita..
hari ni nak citer bab aduan member sekampung... dia bengang dengan 'bekas makwe' yang tipu dia pasal status 'belum berpunya'.. dah beberapa bulan bercinta baru pecah rahsia yang perempuan tu dah nak kahwin dengan orang lain yang dah lama diorang bertunang..

Punya la marah .. dia tak sedar marah dan dah tersentuh hal kewajipan seorang wanita... ayatnya lebih kurang camni.."Harap pakaian macam ustazah tapi perangai ntah apa-apa..

saya agak kurang senang dengan kenyataan tu.. lalu saya tegur.. namun.. tiada respon.. tak pe la.. moga Allah beri ilmu lebih untuk saya lagi..

Sahabat sekelian..
Mana ada Allah janji kalau pakaian menutup aurat tu, confirm perangai macam malaikat..
betul tak?
berapa ramai penjenayah kat dunia ni yang menutup aurat.. dan lagi satu hanya ustzah je ke kena pakai pakaian yang bertudung labuh tu..? yang bukan ustazah tak pe bukak-bukak, pakai kain belah.. yang bukan ustazah tak kena tutup aurat ke? (^_^)
pelik kan..
apapun sahabat sekelian.. saya sebenarnya terkilan dengan sikap masyarakat kita ni.. namun apakan daya ini realiti masyarakat kita..kalau arab.. yang pakai purdah pun selamba je masuk panggung wayang.. apatah lagi main kat fun fair...
tapi kan... bila fikir-fikir balik.. sebenarnya bagus gak.. sekurang-kurangnya bila seseorang tu ada usaha untuk tutup aurat dengan sempurna.. dia juga patut ada ilmu agama yang dalam (terutama kenapa perlu tutup aurat) dan akhlak yang terpuji..
bagus rakyat Malaysia ni.. pendekatan psikologi yang tak ternilai dengan nilaian yang lain...

Ada rezeki nanti kita sembang lagi yer....

Wednesday, July 29, 2009

Kelebihan Air Zam Zam

Hari ni topik perbincangan kita tentang kelebihan air zam zam. subhanallah, yang menjadikan alam ini dengan cukup sempurna. artikel ni sebenarnya saya rujuk daripada web ini. http://islam.sukeri.com/2007/06/14/molekul-air-zam-zam/
Penemuan ini sungguh menakjubkan dan wajib dikongsi bersama, kenapa dgn keizinanNYA air penawar blh menyembuhkan penyakit, baca dan hayatilah petikan dibawah:
Pada 10/10/02 (Khamis) yang lalu, Pihak Surau Wisma Telekom Semarak telah menjemput Ustaz Abdullah Mahmud untuk menyampaikan ceramah beliau.
Diantaranya :
Air merupakan salah satu rahmat Allah kepada manusia, Manusia tidak boleh hidup tanpa air, dan manusia tidak boleh hidup tanpa rahmat dari Allah.
Ustaz kemudian bercerita bahawa ia telah berkesempatan menghadiri satu seminar mengenai AIR yang berlangsung di Hotel Istana baru-baru ini yang mana kebanyakan participant yang hadir terdiri daripada orang bukan Islam kecuali 2 orang (Ustaz Abdullah dan seorang Pensyarah dari UM).
Penceramahnya seorang Profesor yg pakar tentang air dari Jepun. Beliau menunjukkan hasil kajiannya mengenai air, beberapa slide ditunjukkan dan dipancarkan dilayar putih kepada hadirin sekelian. Sampel-sampel air yang diambil dari berbagai sumber air (sungai, laut, perigi dan bermacam lagi).
Maka terpancarlah berbagai-bagai rupa bentuk susunan molekul-molekul air tersebut. Adayang berupa seolah-olah seperti jin tetapi samar-samar, tidak begitu jelas (dengan telinga yang besar, bertanduk dan sebagainya)rupa yang menggerunkan dan menakutkan.
Lalu Profesor itu berkata “banyak lagi sampel-sampel air yang lain tetapi rupa molekul-molekulnya hampir sama, sekarang saya nak tunjukkan sampel air yang berlainan dari sampel-sampel air yang saya tunjukkan tadi”
Profesor itu pun tunjukkan, maka terpancarkan satu rupa bentuk molekul air yang tersusun cantik berupa seolah-olah seperti berlian (bersegi-segi),bersinar-sinar dan sinarannya mengeluarkan warna-warna yang menarik melebihi 12 warna. MasyaAllah, cantik. Lalu profesor bertanya “Siapakah di antara kamu semua yang tahu sampel air apakah ini”.
Hadirin semua senyap, dan kemudian, Pensyarah dari UM mengangkat tangan dan menjawab “saya rasa itu adalah sampel air zam-zam”.
Profesor berkenaan memanggil Pensyarah tersebut naik ke atas dan bertanya “Berikan saya sebab kenapa awak berkata air itu adalah air zam-zam.
“Kerana air zam-zam adalah air yang termulia didunia ini” Jawab Pensyarah. Profesor berkata “Saya tak tahu samada betul atau tidak air zam-zam itu mulia tetapi memang betul ini adalah sampel air zam-zam.”
Kemudian Professor mengatakan bahawa, kata-kata juga dapat mempengaruhi rupa bentuk molekul-molekul air. Lalu didalam dewan itu mereka membuat experiment bagaimanakah yang dikatakan kata-kata dapat menpengaruhi rupa bentuk molikul-molikul air.
Semua hadirin dikehendaki membaca sesuatu kepada air mineral masing-masing. Lalu seorang volunteer bangun untuk menguji bagaimana rupa air yang telah dibaca. Bila ditunjukkan diskrin, nampak molikul air membentuk seolah-olah seperti tokong cina (dengan janggut yg panjang dan perut yg buncit).
Bila tiba giliran Ustaz, air yang dibaca dengan Al-Fatihah, Selawat dan Ayat Kursi maka nampaklah rupa molikul air seperti berlian dan berkilau-kilau…. Subhanallah. Lalu Ustaz disuruh oleh Profesor menbaca sebarang ayat/kata-kata yang tidak baik…maka nampaklah diskrin molikul air berupa seperti sel-sel barah.
Subhanallah….. daripada ceramah yang Ustaz sampaikan ini marilah kita sama-sama mengambil iktibar daripadanya.
Ini adalah kata-kata dari Ustaz Abdullah : “Jika hendak air itu merasa manis maka masukkanlah gula, jika hendak air itu berwarna maka masukkanlah pewarna dan jika hendak air itu mulia maka masukanlah ayat-ayat yang mulia kepadanya”.


Monday, July 20, 2009

Kerja Rumah bagi AG1082

Salam.

Baca Mukaddimah Blog 'Masih belajar dan terus belajar' tu kemudian cari maklumat tambahan.

Minggu depan kita bincang dalam kuliah.

Kerja Rumah Bagi Kursus AG1022

Assalamualaikum..
Maaf tak dapat hadir ke kelas hari ni.
Apa yang perlu kamu semua buat ialah :
  1. Baca 2 post terbaru saya tu serta cuba fahami apa makna di sebalik ayat-ayat daripada Kitab Taurat dan Bible tu.
  2. Buat kesimpulan daripada dua-dua post tu.
  3. Kemudian kita bincang dalam kelas minggu depan.

Sahabat Jangan Pelik!!!

Sekarang saya ni berada di zon 'Allah Menyayangiku'... ditimpa sakit kaki. Banyak hikmahnya sebab boleh berehat dan menulis. Nak bagi tau sahabat sekelian .. jangan la pelik kenapa blog 'masih belajar & akan terus belajar' tu tiba-tiba masuk bab tentang Taurat dengan Injil. Sebabnya ialah nak bagi student baca blog sekaligus perkenal kat diorang tentang tafsir al-Quran. Bab Taurat dengan Injil tu sebenarnya silibus diorang minggu ni..
Bagi anak murid yang disayangi pula..yang baru membaca blog ni..
Selamat Menuntut Ilmu...

Saturday, June 27, 2009

Kejayaan Yang Tidak Disangka

Betapa ketarnya hati ni bila sahabat seperjuangan menyebut, "natijah dah kuar, tak tengok lagi?." Biasala jawap peksa ntah apa-apa. balik dari Sandakan terus masuk exam. bayangkan dengan tak study nyer dan ntah apa yang ada dalam kepala..
rupa-rupanya Allah sengaja buat macam tu..sekurang-kurangnya aku tak confident sangat dengan diri..
cukupla kalau aku sangat bertuah. sebenarnya ni adalah hadiah Allah untuk ayah aku. bukan untuk aku sebenarnya. ye la kalau tengokkan usaha takla seberapa. tapi alhamdululillah..
3.85 rekod tertinggi la dalam hidup aku.. walaupun ini cumala keputusan di dunia, aku mohon ia bukanlah penyebab aku bangga tetapi mendorong untuk aku terus berusaha menuntut ilmu.. moga Allah perkenankan..
paling takut dalam diri ni.. moga Allah tidak jadikan kejayaan ini sebagai istidraj untuk aku... nauzubillah..

Tuesday, June 2, 2009

aku yang gagal

semalam dipanggil secara mengejut untuk ceramah kat budak2 kem remaja bestari anjuran TNB. bukan tak biasa dipanggil mengejut, tapi kali sangat kecewa. mana taknya banyak masa diambil menyuruh diam dan duduk dengan elok berbanding tugas yang sebenar nak sampai ilmu.. masya allah mencabar sangat..
terfikir jugak kat dalam hati ni.. adakah masa aku dulu, kami adalah pelajar yang baik dan menghormati majlis ilmu atau guru yang jaga kami tu yang pandai menguruskan kami..?
aku tak pandai nak tarik perhatian diorang... bencinya kali ni.. aku gagal jadi pendakwah yang sabar dan fleksibel untuk semua lapisan mad'u..
tak bestnya rasa hati ni.

Monday, May 18, 2009

Insan Luar Biasa?

Salam sahabat seperjuangan sekalian…

Apa yang menarik hari ini kepada saya? Tentang kata-kata Hamka. Katanya,
“Orang buat baik dibalas baik adalah perkara biasa, Orang buat jahat dibalas jahat lagilah biasa, orang berbuat baik dibalas jahat juga biasa tetapi orang berbuat jahat tetapi dibalas baik adalah luar biasa.”

Sifat luar biasa ini dah lama Nabi Junjungan kita ajar. Peristiwa nabi dilempar dengan batu setiap hari oleh perempuan Yahudi, kemudian jatuh sakit. Nabi orang pertama yang melawat sambil di tangan membawa roti dan madu untuk membantu. Akhirnya memeluk Islam perempuan Yahudi tersebut.

Kata-kata ni bukan saya petik dari mana-mana karya Hamka. Tapi ianya keluar dari mulut seorang lelaki yang dikenali sebagai Pak Engku, seorang lelaki biasa, tetapi mengagumkan bagi saya. Mendekati anak-anak yatim adalah misi beliau di penghujung usia.

Pertama : Mampukah aku menjadi seorang yang luar biasa seperti dalam konteks kata-kata Hamka itu.
Kedua : Atau aku perlu mula memikirkan haluan dakwah ku kini kepada anak-anak Yatim.

Apapun, moga Allah membantu dalam setiap usahaku. Amin…Ya Rabbal Alamin.

Wednesday, April 29, 2009

Cuba untuk Bersyukur

Biasala perempuan.. tak leh beralih arah skit, debu skit cepat alah..
begitu jugakla dengan penulis blog ni.. baru sampai tempat orang tiba-tiba tumbuh jerawat...
bisingnya mengalahkan tumbuh tanduk (begitula kata kakak sebilik)
Walaupun ketawa jugak tapi dalam hati terfikir jugak, kan Allah yang bagi jerawat tu..
Sampai la satu ketika, di airport masa tu.. mak.. terkejut dan sangat-sangat terkejut..
seorang wanita cina.. wajahnya seperti apa ye.. susah nak digambarkan .. pendek kata dia sangat pelik. maaf cakap seperti haiwan...
tapi tu kan ciptaan Allah.. dan dia sangat confident dengan diri dia.. tak malu untuk mendekati orang dan bertanya...
Ni petunjuk yang paling aku terkesan..
sedangkan aku baru tumbuh satu jerawat dah tak nak ke depan.. nak duk belakang tabir je..
sedangkan aku ke depan untuk menyampaikan ilmu..
Belajar untuk bersyukur mulai sekarang.. biarlah orang nak cakap aku ni gemuk ke.. kurus ke.. hitam ke yang penting kita masih lagi sempurna dan bertuah kerana terpilih...
terpilih hidup dalam Islam.. alhamdulillah

Sunday, April 26, 2009

Bagaimana nak tolong ye

Sekarang ni di sandakan. Banyak yang boleh dikongsi bersama. Paling seronok suka tengok orang sini bercakap. Dari abang-abang hotel hinggalah adik kecil yang berniaga di pasar malam. Semuanya bercakap dengan lembut dan bersopan. Budaya yang baik dan boleh dikongsi. Sehingga kakak yang datang sekali, siap tegur kenapa aisyah lain cara bercakap kat sini. Nak tergelak rasa. Bukan berlakon tapi suka bila bersembang dengan diorang yang menjaga adab dan macam nak terikut-ikut.
Keduanya, agak sedih bila di sini tiada restoran milikan orang Melayu sepenuhnya. Mulanya pelik kenapa ada Melayu yang makan di kedai cina. rupanya bila dicerita oleh ayah Hadi (student) di sini memang begitu. sewa kedai sangat mahal. RM7000 sebulan bagi satu pintu. giler mahalnya. Dapat ke untung banyak tu sebulan? Mesti tak. Sebab tu kalau nak sewa kedai maka kongsi dengan cina, barulah mampu. Maka, masyarakat yang dah biasa dengan suasana tu tahu walaupun nama kedainya cina tetapi yang masak adalah Melayu kerana yang jual makanan Melayu dan yang jual minuman, cina. ya Allah...
Bila begitu... apa kesan buruknya? kebanyakkan kedai hanya dimiliki oleh bangsa cina. kalau bangsa lain lak mamak. sampai empat kedai makan di sini semuanya kedai my baba.. (hi..hi.. nama je la samanya.) kedai Zakaria, mamak yang sesungguhnya mamak la. Pendek kata tetap tidak berselera nak makan. Ni lagi satu bangsa yang pandai ambik kesempatan. Datangla merantau kat mana pun. mesti kedai makan mamak jadi sebutan...
Macammana nak tolong ekonomi Melayu atau Muslim Sandakan ye.. mungkin kerajaan boleh turunkan sewa atau bagi diskaun yang luar biasa untuk bumiputera yang muslim. Tu je caranya. Rasanya la.. tu pun kalau nak bantu diorang maju dan boleh ambik balik bandar ni dari tangan cina. Tak pun, bagi modal anak-anak Sandakan yang ambik perniagaan, keusahawan biar tengok sikit boleh aplikasi ke tak pelajaran tu?
Ketiganya, paling dirasa beratnya beban. Ramai lagi yang tidak tutup aurat dengan baik kat sini. Sampai Hadi cakap, kalau dia berjalan pakai jubah, ada yang akan kata dia sesat. Patutla bila saya yang berjalan ramai je yang pandang semacam. Tak tau la kalau dia pandang sebab aisyah pelik (atau ayat yang paling jaga hati, cantik jubah budak ni.. hi..hi..)
Kenapa rasa berat? Sebab anak-anak Sandakan perlu diberi perhatian betul di kolej nanti. supaya bila diorang pulang diorang boleh bantu masyarakat diorang sendiri. Kalau tak diorang, siapa lagi. nak suh JAKIM datang... entahla berapa puluh tahun lagi diorang nak datang? Mampu ke?
Sedih tapi jangan lupa, kalau nabi tu seorang yang putus asa, dah lama Islam tak sampai ke sini. jadi moga-moga promosi ni, di samping bagi keuntungan di tempat cari rezeki moga juga jadi ibadah yang dinilai di sisi Allah. kenapa mesti dinilai oleh Allah?
Kerana :
1. Sebab bila datang sini, baru ada pelajar yang kenal KIPSAS.
2. Bila kenal, ada yang masuk KIPSAS.
3. Bila ada yang masuk, boleh pulang dengan ilmu dakwah. (Kalau berjaya)
4. Bila pulang dengan ilmu dakwah paling tidak pun mesti akan berdakwah.
Mula-mula ni mungkin sedikit, tapi di sebalik hati ni moga dua tangan ku ini termasuk dalam tangan-tangan yang dapat mengasuh mereka kepada Islam, dakwah dan erti cekal. amin... ya Allah.

Thursday, April 9, 2009

Kelas UM Semalam

em... semalam hari Khamis. hari gi belajar kat UM... semalam belajar tentang peranan ulama nusantara dalam menperjuangkan ilmu. walaupun sekiranya dibandingkan dengan ulama arab, ulama nusantara jauh ditinggalkan terutamanya dalam penghasilan karya. namun begitu sumbangan mereka sebenarnya sangat bernilai sementelah karya-karya yang dihasilkan digunakan dan dikaji dari zaman ke zaman.
Prof madya Mustafa bertanya kepada kami semalam, "kalau saya mati sekurang-kurangnya dalam timbunan buku yang banyak di library tu dah ada nama saya, kalau awak yang mati macammana?" maksudnya tak ada bakti yang ditinggalkan kepada generasi selepas kematian kita.
terfikir dah lama tentang ni.. bila nak menulis buku ye..?

Wednesday, April 8, 2009

Hari ini ada kelas talaqi...

Hari ni kena gi kelas talaqi dengan syeikh kat dewan MB... sebenarnya malang sangat sebab sampai kelas berakhir tak tau pun nama Syeikh tu. nak tanya kat ustaz2 yang ada malu la kononnya. Syeikhnya masih muda... sejuk mata memandang... hi..hi.. (sj je tapi demi Allah takde skit pun niat yang melencong)
pengajaran hari ni memang banyak.. antara yang nak sangat dikongsi bersama ialah tentang dua makhluk Allah dihalau dari syurga. 1. Iblis. 2. Adam. Iblis dicampak dan masih sombong malahan berani menyalahkan Allah kerana menyebabkannya terhalau. sedangkan Adam turun ke bumi dengan penuh keinsafan dan taubat.
Kedua tentang tafsir ahli kitab rupanya juga dikenali dengan tafsir secara israiliyyat. baru tau...
sebelum ni tafsir israiliyyat tu dimasukkan dalam Dakhil fi Tafsir.. ceteknya ilmu di dada ni..
paling best contohnya ialah nama isteri nabi Yusuf iaitu Zulaikha itu pun adalah tafsir ahli kitab.. tu pun ilmu baru untuk hari ni..
lagi tentang ajaran para salaf kepada anaknya sebelum keluar rumah. kena niat empat perkara. 1. niat kalau jumpa orang di pertengahan jalan nak beri salam. 2. niat kalau jumpa orang yang buta, akan ditolong menyeberangi jalan. 3. niat kalau jumpa orang yang sedang susah mengangkat barang dengan payahnya ke atas tunggangan, maka akan dibantu mengangkat barangan tersebut. 4. niat kalau ternampak sesuatu yang menghalang atau akan menyusahkan orang lain di tengah jalan, maka akan dialihkan penghalang tersebut untuk memudahkan orang lain melalui jalan.
walaupun dalam perjalanan tersebut tidak dijumpai semua yang dihajati itu, pahala bagi niat tetap akan dapat. maka benarla sabda nabi, niat itu lebih mulia daripada amal. manakan tidak berapa ramai orang yang menderma dan sudah tentu amal menderma itu adalah amal yang soleh. namun berapa ramai juga dengan amalannya tidak dikira sebagai amal kerana niat yang salah. subhanallah..
jadi mulai hari ni nak niat yang baik2.. sekurang-kurangnya kalau tak terbuat dah dapat pahala berniat.. insya allah. ni nak berniat nak tido kerana Allah.. moga aku tergolong dalam hambanya yang mendapat nikmat. amin

Tuesday, April 7, 2009

Sengaja meluah rasa

Dah lama sebenarnya tak menulis diari, lebih-lebih lagi bila sibuk dengan dokumen LAN, student peksa dan assignment belajar. Banyaknya kerja, kat tepi komputer opis, tersenarai bebanan kerja yang entah bila akan surut.. sebab apa cakap macam tu..? sebab potong satu kerja tambah dua lagi kerja.. ni baru reda sikit dengan kelas mengajar dah abis untuk sem ni.. tapi paper ada 400 ++ lagi menanti untuk ditanda.. dulu ada adik-adik kesayangan aku yang berempat tu. boleh mintak tolong tanda paper objektif, kira markah dan submit. sekarang.. takde sapa boleh tolong.. semua orang sibuk.
seronoknya dengar cerita kak wan. lepas kawin nak berhenti kerja. aku nak berhenti kerja lepas kawin? emm... dengan duit pencennya tak de, kereta, yayasan pahang nak bayar dengan apa. kecualila kalau dapat suami kaya yang pemurah.. hi..hi.. itupun kalau ada jodoh di dunia.. (^_^)
sekarang.. perkara yang paling kena fokus ialah tesis dengan assignment dr Mustafa yang tak siap-siap lagi tu.. Ya Allah berilah aku kerajinan.. entah mengapa la.. setiap kali tengok je assignment tu mesti layu je mata ni.. takde semangat langsung. Ya Allah bagilah aku semangat yang tak putus-putus untuk wat assignment tu.. amin

Monday, January 12, 2009

Tafsir 1

أعوذ بالله من الشيطان الراجيم

Terjemahannya ...

{ أعوذ } : Aku berlindung, aku tertegah
{ بالله } : Dengan bantuan Allah
{ من الشيطان } : Daripada Syaitan iaitu roh yang jahat dan melampau.
"Terdapat dua pendapat dalam mengatakan asal perkataan Syaitan iaitu , pertamanya : berasal dari perkataan (شاط) yang bermaksud binasa. Kedua : berasal daripada perkataan (شطن) bermaksud jauh.
{الراجيم} : Si penjerumus orang lain ke dalam kegelapan, kesesatan dan mencampakkan jiwa ke dalam kecelaruan.

Maksudnya ...

Ini adalah doa yang dianjurkan sebelum membuat sesuatu bagi memohon perhatian Allah daripada campurtangan Syaitan dalam sesuatu pekerjaan.

Ayat ini menganjurkan kepada kita supaya memohon perlindungan kepada Allah yang
memelihara manusia, yang memerintah manusia dan yang disembah oleh manusia. Perkara yang dipohon itu ialah perlindungan daripada kejahatan Syaitan yang membisik kejahatan dalam hati manusia iaitu dari Syaitan yang tidak nampak dan Syaitan yang dapat dilihat iaitu manusia. Memohon perlindungan daripa Allah yang dapat menolak segala kejahatan umumnya dan kejahatan Syaitan pembisik yang datang dan menghilang tumpuannya.