Tuesday, May 29, 2012

Ahlan Wa Sahlan Pelajar Baru..

Assalamualaikum pelajar baru ..
Semoga kehadiran kalian ke jabatan dakwah akan menambah satu lagi cahaya-cahaya yang sudah bersinar sebelum ini. ingatlah.. dalam berjuang..


"Jangan dipinta hidup yang mudah tapi mintalah hati yang tabah untuk menghadapinya."

berusaha untuk kejayaan dan jangan mengikut jalan yang salah. manusia ni selalu nak menang tetapi selalu lupa jalan yang diikuti haruslah juga betul. dalam Islam bukan siapa yang sampai dulu itu yang dikira pemenang tetapi siapa yang jujur dalam mengikut jalan yang betul itu lah yang dikira pemenang di sisi Allah.

Moga anakanda jabatan Dakwah akan sentiasa bersemangat dalam menghadapi dunia baru.

selamat berjuang..


Wednesday, May 16, 2012

Selamat Hari Guru Buat semua guru di Dunia

Assalamualaikum semua guru di dunia,
Saja nak berkongsi rasa. saya teringat ketika bersembang dengan arwah us mat, pengasas sekolah tahfiz di Relai ketika saya membuat lawatan jabatan ke rumahnya. tujuan lawatan adalah nak jadikan dia idola kepada pelajar-pelajar saya. Banyak pesanan berharga yang beliau tinggalkan antaranya, jadilah guru yang sentiasa mendoakan muridnya. Tambah-tambah lagi murid sekarang lebih nakalnya maka guru-guru patut lebih banyak doanya. dia juga ada mengatakan kalau marahkan pelajar jangan sampai ke hati, walau sebesar mana pun kesalahan yang dia buat. maksud beliau jangan sampai ada benci. bila marah dah diikut dengan rasa benci itulah punca pelajar kita makin jauh dari hidayah, ilmu dan hidup dalam ketiadaan berkat ilmu. semua yang beliau titipkan amat betul. Tak payah tengok orang lain, tengok diri sendiri dah la.. kadang-kadang kesalahan pelajar tu tak logik dia lakukan sebagai seorang yang menuntut ilmu agama. Rasa geram sungguh bila dengar alasan 'bodoh' macam tu.. tapi bila ingat balik apa yang arwah cakap .. sedar balik .. cuma kalau tak ingat tu kadang-kadang nak meletup jugak.

Satu lagi yang terkesan sangat pada saya ialah bila Arwah cakap, guru dulu gaji tak besar tapi bila berjalan satu kampung akan hormat dan panggil 'cikgu'. walaupun dah pencen. cikgu sekarang gaji besar, tapi kadang-kadang jiran sebalah pun tak hormat dia. mana tak nya.. cikgu sekarang mengajar kerana gaji semata-mata, tak pernah terfikir, apabila dia seorang cikgu, dia perlu menjaga akhlak. sebab itu lah.. cikgu sekarang ada yang kena tangkap basah, edar dadah, rogol pelajar, pakai kain terbelah waktu mengajar. dah tak ada malu dan akhlak mulia.

jadi sebagai guru, berikrarlah.. semoga usaha kita dalam mendidik anak bangsa ni, moga-moga kita tergolong dalam kalangan guru sejati, yang mengharapkan ilmu itu dihayati dan diamalkan bukan kerana mengharap naik gaji lagi tiap-tiap bulan.

Tuesday, May 8, 2012

Sabarla..sahabat karibku

Kali ni saja-saja nak menaip.. saja nak bagi semangat kat sahabat karibku. banyak masalah yang bermain kat kepala dia.. kesian dia. tak sangka.. walaupun muka tak hensem macam salman al-Farisi, ada orang yang tawar diri nak jadi isteri ke-2.

sabarlah sahabatku.
dunia ni memang macam ni.. kalau kita tak nak.. dia datang, kalau kita nak, dia lari.. tu lumrah biasa dalam hidup kita.. macam kalau kita kejar dunia, dunia akan lari, kalau kita lari dari dia, dunia pulak akan kejar kita. macam orang-orang alim yang menolak dunia, dunia pulak akan datang cari mereka.

pendek kata.. situasi tu pasti akan berlaku..

sahabatku, moga dirimu sentiasa dalam keadaan yang tenang dan berwajah ceria. sebab apa doa macam tu, coz kalau kena kacau tu, nampak sangat muka tu berkerut ada masalah.

sahabatku.. ingat ni.. walau apapun yang berlaku, percayalah.. saya sentiasa ada di belakangmu. kerana aku adalah sahabatmu dunia akhirat.

Monday, May 7, 2012

kenapa Hati Susah Nak Redha

Assalamualaikum sahabat fillah.. kenapa susah untuk kita redha atas segala sesuatu yang berlaku? cuba tanya pada diri kita balik. kenapa kita tidak redha bila Allah lebih sayangkan ayah kita atau ibu kita? kenapa kita tak redha bila bekas kekasih kita dah berkahwin dengan orang lain. kenapa kita tak redha bila kita belum ada jodoh? kenapa kita tidak redha bila Allah timpakan musibah. semuanya akan terkena pada semua orang.. kecuali orang yang betul-betul beriman. termasuklah diri sendiri.. tak redha dengan cubaan yang Allah bagi. mujur juga kadang-kadang Allah temankan kita dengan sahabat yang selalu mengingati Allah. patutnya kita sedar diri. siapa kita di sisi Allah? kalau nabi, wali pastinya doa cepat je dah makbul. tapi kalau hati ada saja dengki, busuk hati, benci orang, buat khianat pada orang, menyakitkan hati orang.. macammana nak jadi kekasih Allah..tu semua baru dengan manusia, belum lagi dengan Allah. sembahyang pun selalu last minit, puasa sunat jarang sekali, mengaji al-Quran tak tahu bila. itulah manusia, selalu tak redha dengan keputusan Allah. tak pernah fikir samada Allah redha ke tak dengan kita.
 
jadi mulai hari ini, kena sentiasa redha. keputusan Allah itulah yang terbaik untuk kita.
(^_^)