Monday, April 2, 2012

Denda di sekolah Cina lebih berat

Assalamualaikum sahabat fillah..
Hari ini nak bincang isu denda pelajar. teringat masa mengajar jadi guru ganti dulu, saya praktik cara cikgu saya menguji ilmu pelajar. mula-mula semua pelajar berdiri atas meja, kemudian siapa dapat jawap boleh turun berdiri atas kerusi, selepas itu atas lantai kemudian baru boleh duduk. pelajar enjoy dan seronok mengangkat tangan berlumba-lumba nak jawab. Sayangnya selepas itu saya dipanggil Guru Besar kerana melakukan perkara yang bahaya. nanti pelajar jatuh cedera, sekolah pulak kena jawab. saya terima teguran tapi dalam hati sebenarnya pelik. begitu juga masa saya mendenda pelajar yang main-main dalam kelas saya dengan menghafaz ayat lazim di luar kelas. saya turut ditegur.katanya cara saya mengajar tak fleksibel dah zaman sekarang.

anak-anak angkat saya bersekolah di sekolah kebangsaan cina. kalau balik sekolah je.. perkara pertama diorang akan bagitau mama diorang ialah ada kerja sekolah. kalau ada maknanya tak leh kacau sebab kena buat sampai siap.kalau tak dendanya sangat teruk. pendek kata boleh tahan. contohnya kena rotan (masih relevan di sekolah cina), berjalan itik keliling kelas. . kalau di sekolah melayu mungkin cikgu dah kena warning.

jadi .. cuba fikir balik.. kita ni mendidik ke memanja anak bangsa kita.

1 comment:

شاح اندرني said...

Sangat manja masyarakat sekarang meilhat perkara ni.